Wednesday, September 14, 2011

AMALI BMM 3103

Sila bina stimulus dan stem soalan berdasarkan jenis-jenis stimulus yang dibincang.

1. Stimulus berajah



2. stimulus berpetikan



3.stimulusbersenarai
 
 
 
 







4. stimulus bergambar



5. stimulus berjadual


6. stimulus berimaginasi


7. stimulus bentuk dialog

Monday, September 5, 2011

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

DEFINISI KESAHAN 

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

JENIS-JENIS KESAHAN

1. kesahan isi
2. kesahan telahan/ ramalan
3. kesahan serentak/ semasa
4. kesahan gagasan
5. kesahan muka
6. kesahan kriteria

DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). MenurutMokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara duapengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

KEPENTINGAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
  • mengelakkan kekeliruan pelajar
  • menghasilkan ujian yang stabil.
  • markah yang diberi bukan kerana nasib
  • dapat menilai kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar.
FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

- panjang pendek ujian
- bilangan item
- ujian objektif
- format ujian
- cara ujian ditadbir
- binaan item
- faktor peribadi
- faktor persekitaran
- pemeriksa dan pemeriksaan

TAJUK 9: JENIS PENILAIAN BAHASA

Jenis2 penilaian bahasa:

i. Ujian formatif
ii.Ujian sumatif
iii. Ujian Kefasihan
iv. Ujian Kemajuan
v. Ujian Bakat
vi. Ujian Pencapaian

UJIAN FORMATIF
 
KONSEP
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

TUJUAN 
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

UJIAN SUMATIF

KONSEP
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

TUJUAN 
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

UJIAN KEFASIHAN
KONSEP
 
digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

TUJUAN
  • menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. 
  • menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan
  • mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.   
UJIAN KEMAJUAN

KONSEP

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. 

TUJUAN
  •  untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
UJIAN BAKAT

KONSEP

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

TUJUAN
  • membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat.
UJIAN PENCAPAIAN

KONSEP

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat.

TUJUAN
  • untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.


Tuesday, June 28, 2011

APA ITU UJIAN??

BMM 3103
20 JUN 2011
TN HJ ALIAS BIN SIDEK
(BILIK SERBAGUNA PUSAT SUMBER IPG KAMDA)

Apa Itu Ujian??

Ujian bermaksud bahan yang tertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa. sebagai contoh:
-Ujian Kloz untuk menguji kefahaman membaca seperti memberi petikan dan soalan.
-Ujian Imlak pula menguji kemahiran mendengar dengan mencatat isi penting daripada apa yang didengar.
Ujian merujuk alat yang digunakan untuk mengukur ' penguasaan' pelajar dalam sesuatu perkara.

PENGUJIAN
-Merujuk proses sesuatu kemahiran bahasa itu diuji atau merujuk kepada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.
-Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorag pelajar dengan menggunakan set instrumen.
-Menurut Ronbach 1970, ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku dan menjelaskan dengan satu sistem yang berkategori.

Tujuan Pengujian:
  • menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji
  • guru dapat mengetahui sama ada pelajar telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru.
PENGUKURAN

-Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. contohnya dengan memberi nilai berat kepada timbangan, memberi jumlah suhu badan, jumlah markat pelajar.  (Mokhtar Ismail, 2009, p:22)
-Satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
-Pengukuran ialah satu proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN
-Proses pengumpulan maklumat dan merumuskannya mengikut satu sistem skor untuk menunjukkan letaknya perkara yang diukur itu dalam satu skala yang ditentukan.

CIRI-CIRI PENGUKURAN
  • boleh dibuat tanpa menggunakan alat pengujian
  • mendpatkan ukuran dengan menggunakan kaedah (pengujian ialah salah satu kaedahnya)
  • pengukuran tidak bersifat mutlak
  • hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka
 PENTAKSIRAN

-Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang sesuatu proses pendidikan.
-Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat.
-Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
-Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembeljaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran (LPM 2008)
-Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.

PENILAIAN

-Menurut Stufflebeam (1971), Thorndike & Hagen (1977), Kubiszyn & Borich (1996), penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berdasarkan kepada sesuatu objektif pendidikan.

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Persediaan ujiian
  2. Pentadbiran ujian
  3. Pemerikasaan jawapan ujian
  4. Analisis ukuran
  5. Interprestasi dan tindakan susulan

Monday, June 20, 2011

Pertama Kali

Bismillahirrahmanirrahim...Adalah dengan ini saya Norhaslinda Bt Idorus dari kelas Pendidikan Khas (BM)/PJ Semester 6 telah membuat blog khas bagi subjek BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk Pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Hj Alias Bin Sidek.
Blog ini dihasilkan untuk memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi untuk subjek yang diajar ini.
Blog ini akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat penting,bahan-bahan,nota-nota, aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran diadakan di dalam kelas tersebut.
Insyallah(bak kata maher zain)...manusia selalu mudah berjanji tapi jarang tepati...betul tak?haha