Monday, September 5, 2011

TAJUK 9: JENIS PENILAIAN BAHASA

Jenis2 penilaian bahasa:

i. Ujian formatif
ii.Ujian sumatif
iii. Ujian Kefasihan
iv. Ujian Kemajuan
v. Ujian Bakat
vi. Ujian Pencapaian

UJIAN FORMATIF
 
KONSEP
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

TUJUAN 
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

UJIAN SUMATIF

KONSEP
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

TUJUAN 
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

UJIAN KEFASIHAN
KONSEP
 
digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

TUJUAN
  • menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. 
  • menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan
  • mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.   
UJIAN KEMAJUAN

KONSEP

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. 

TUJUAN
  •  untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
UJIAN BAKAT

KONSEP

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

TUJUAN
  • membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat.
UJIAN PENCAPAIAN

KONSEP

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat.

TUJUAN
  • untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.


No comments:

Post a Comment